السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

9/29/2011

Cara untuk mengubat hati yang sakit (:

okie , hari nie aku nk share gan korang semua .
mungkin yg at luar sana sedng sakit hati .
begitu juga aku kat sini .
tapi lepas aku dah baca cara-cara utk mengubat hati .
terubat sikit hati aku nie .
mai , mai .
aku mau share gan hampa semua .
sharing is caring right ? haha
aku caring at korang that's why la aku nk share gan korang semua .
insyaallah mungkin selepas korang baca tips-tips nya ,
hati korang akan terubat . dan lakukan yew apa yg disuruh .
article ni betol-2 buat akuu rasa segala problem aku akn hilang besok !
hehe :)


tk nmpk ehh ? sorri kecik sngt la .
tape bca at bawah nie
Soalan : Bagaimana caranya untuk mengubat hati yang sakit?
(Qalbun Maridh)harap ustaz dapat memberikan tip-tip atau amalan-amalan
yang diperlukan untuk cuci hati yang sakit ini.
Jawapan : Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa
caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan
mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang
saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna
oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar
motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah
melakukannya dulu.Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan
7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta
cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara
saya sendiri. Kita mulakan dengan…
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan.
Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali
mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori
silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan
emosi yang lalu.Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu,
selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus
kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan,
keilmuan dan rakan-rakan.Anda takkan dapat melupakan kesemua
memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan
perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa,
tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri
.2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik,
masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk
pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat
Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut.
Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri
Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja!
Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap,
Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur
(dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada
di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yangmemahami
Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin,
seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda.
Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan
emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah,
geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).
Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat
bersarang di minda Anda.Ketahuilah,
Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana
Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun
Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri
Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan
salah orang lain terhadap diri Anda, yangmembuat Anda sedih,
kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan
menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benarmeng
gembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu,
baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang
lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar
Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih.
Buat apa LAYAN kecewasedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung.
Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang
situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya,
cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupon perkara tidak berpihak kepada Anda,
cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda.
Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya.
Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi
bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan
Anda di masa lalu.Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain,
mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik
dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara,
situasi dan keadaan.Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria
pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik.
Relaks, jangan terlalu mendesak diri.Selepas bangun tidur,
katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik,
sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

*copy
try la yew .
insyaallah akan berhasil .
jangan disebab kan satu masalha tu kitew berubah
sabar aje mungkin ada hikmah disebaliknya , right?
okie , chow byee smile

No comments:

Post a Comment