السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

11/01/2011

utk korang , bla-2 XD

Ingatlah lahirnya insan disambut dengan azan, manakala perginya diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya hidup ini, jaraknya cuma antara azan dan solat. Ya Allah bagi-bagi banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan banyak itu jugalah yang telah kami sia-siakan....


Sejauh manakah sebenarnya kita boleh bawa dendam kesumat itu? Adalah baiknya kemaafan itu lebih menyenangkan hati buat semua pihak berbanding dengan membalas dendam. Setiap hari kita perlu tiupkan semangat baru dan permulaan baru sesungguhnya hari esok perlulah lebih baik dari hari ini.

Andai esok kita pergi, siapa yang boleh tolong kita leraikan dendam kita itu? Andai kita seorang yang sukar untuk memberi maaf, cubalah kita pujuk hati kita sendiri, bisikkan ke dalam diri sendiri siapa kita sebenarnya yang ingin menggenggam dendam buat selama-lamanya.

Sejauh mana sekali pun kita genggam kita tetap berada di bumi yang sama, andai sejauh mana sekali pun kita berlari dan melangkah hati kita juga tetap tidak tenang seaman seperti mereka yang tidak punyai dendam dan tidak juga setanding mereka yang sentiasa memberi maaf. Ambillah pendekatan yang paling senang, kita mahu Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita tapi mengapa tidak kita yang maafkan kesalahan orang lain terdahulu?

Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Innggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama Islam, dendam itu adalah berdosa.
Siapa pun dalam keadaan marah pasti akan bercelaru pemikirannya dan berbagai kata akan terkeluar. Biasalah ini adalah lumrah dan fitrah kehidupan, ada yang boleh menyenangkan kita dan ada yang akan menyakitkan diri. Kehebatan bersabar pasti sama hebat dengan kehebatan kemaafan, kerana orang yang bersabar pasti di kurniakan dengan balasan yang lebih baik dan lagilah untung jika balasan itu di kurniakan di dunia lagi, jadi kita pasti dapat melihat kesan dan hasil daripada kesabaran itu. Ramai yang hari ini, antara kawan dan kawan bermusuh dan berdendam akibat ketidakpuasan terhadap satu sama lain. Kunci utama semua ini berlaku, hanyalah keegoan kita sendiri, masing-masing ingin menunjukkan pihak lain salah dan diri sendiri adalah betul. Tidak salah dan tidak jatuh juga air muka jika kita saling duduk berbincang dengan berhemat bukannya berbincang kemudian menaikkan rasa marah, sama-sama mencari punca dan mencari jalan penyelesaian. Itulah yang terbaik kerana
"Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam..."

*kawan-2 benda nh aku copy dri blog lain .
just tuk pengetahuan korag jekk la kan ,
tema kaseh kerna sudi bca :90:entry aku nh .
aku bca aku sndri terasa . bhaha . :1:
hehe, kbai . tata tutu titi :h:


No comments:

Post a Comment